Monday, May 17, 2010

16.05.2010

Alhamdulillah...itu ucapan yg termampu nak disebut nak di lafaz...selesai sudah majlis yg dianjurkan oleh kawan-kawan di Negeri Perak...majlis yg saya ikuti itu meninggalkan seribu satu cerita...apapun tahniah dan sekalung penghargaan buat teman-teman PSGSM Perak yang bekerja keras menjayakan Hari Legasi yang diadakan di sekitar Sg. Siput.

Selesai sudah majlis yang masih tak selesai, badan yg letih teramat sangat kerana 4 hari berturut asyik berdiri dalam tempoh jangka masa yg lama..nak buat macam mana kalau umur makin meningkat itu la yang berlaku....badan tak kuat dahhh hehehe...

Sekali lagi, terima kasih dan tahniah buat saudara ku sekalian, Abg Jai, Abg Mirza, Kak Shila, Azman, Kama dan lain-lain lagi...susah senang kita hadapi bersama...kita Saudara SeGayong!

Monday, May 10, 2010

Lama Tak Jenguk

pertama skali..assalamualaikum...

pergh dah sekian lama x mencoret-coret dalam blog sendiri..maklumla terkesibuk sedikit dengan tugas hakiki dan penangan berantu FB..apapun stakat ni alhamdulillah diri masih sihat walafiat seadanya..

insyaallah selepas ni mungkin akan ada sedikit perkongsian perkembangan diri maupun ilmu yg x seberapa yg boleh di kongsi bersama...

dan x lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu terutama ibu teman sendiri...Kau Syurgaku...

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 1431H/2010

Alhamdullillah syukur kehadrat Illahi memberi izin untuk merasai kedatangan tahun baru hijrah dan masihi..terlalu banyak kenangan pahit manis yang ditinggalkan pada tahun 2009.

GAYONG...itulah aku, 2009 memberi sinar dan jalan baru dalam mencari semangat memperjuangkan amanah yg sekian lama aku pinggirkan. Moga tahun baru ini dan mendatang amanah akan terus aku pikul bersama teman-teman seperjuangan. Mengikut perancangan yang telah disusun, insyaallah akan bergelanggang di tanah tumpah kelahiran dan juga di beberapa tempat yang lain. Hajat hati nak mendekati Guru-Guru 'Tua' untuk mendalami rahsia dan intipati Gayong mengikut cara 'lama'.

Sempat sembentar tadi melawat blog rakan-rakan yang lain. Membaca keluh resah teman-teman...apa sudah jadi??? tapi itulah hakikatnya yang berlaku dalam PSSGM. Sampai bila mimpi ngeri keretakan Gayong akan berlaku? Salahkan Anak-Anak Gayong mengikut apa yang diamanahkan oleh ADMAR??? Salahkah? Derhakakah?....

Derhakanya kami kerana mengikut amanah ADMAR dan mulianya orang yg membelakangkan amanah..sedihkan...

Petang sebelum menyambut kedatangan tahun baru sempat berbicara dengan CA, mendengar cerita masalah itu dan ini...dalam hati, CA tabahkan hati..saya dan teman-teman yang mengikut amanah sentiasa ada dibelakang cikgu untuk memperjuangkan Gayong...bak kata CA,bersama-sama CA memperjuangkan Gayong dan bukannya memperjuangkan CA..(lebih kurang macam tu la)....

Apapun, kita anak-anak Gayong ikutlah amanah yg telah ADMAR turunkan...harapan untuk tahun ini ada sinar baru untuk GAYONG!!! ZATTTTTT!!!

Tuesday, November 3, 2009

Alhamdulillah hari ni selamat sudah aku menjalani ujian Tahap Kecekapan. Baru pertama kali menduduki sejak mula bertugas dengan kerajaan. Kalau ikutkan dari dulu memang dah boleh ambil, tapi sengaja nak lengah-lengahkan kerana beberapa sebab yang sengaja dielakkan.. Hahaha..macam-macam peel.. apapun kepada teman-teman SeGayong yang diluar sana yang turut sama mengambil ujian ini selamat menempuh dan selamat berjaya dalam peperiksaan yang diduduki.

Petang-petang begini kalau zaman di PUO dulu selalunya aku dan teman-teman yang lain akan turun ke gelanggang bagi mengasah tubuh. Tapi sekarang itu semua tak dapat nak dinikmati kerana keterbatasan waktu. Cuma dirumah saja aku berlatih, itu pun sorang. Partner sparing aku yang dulu yakni si Wan Skuter ntah kemana menghilang. Yang timbul pun si Nizar, itu pun nasib baik dia ada tugas rasmi di Perlis. Dapatlah berjumpa dan korek balik cerita zaman mula-mula belajar silat dengan bimbingan Cikgu Amin. Alangkah baiknya dapat kembali ke zaman tu.

Okay, cuma setakat ni saja coretan untuk petang ni sebab ada kes yang menanti untuk disiasat. Sekali lagi buat teman-teman di luar sana yang akan menempuh PTK, all the best..

Monday, November 2, 2009

Fuhhh..lega dapat luangkan masa dalam blog kali ni. Sejak dua menjak ni tugas harian makin menambahkan tahap 'kepeningan' dalam batu jemala yang satu ni. Apapun tugas tetap tugas, sebab itu adalah rezki yang Allah kurnia untuk diri dan keluarga.

Nak bercerita pasal Gayong, memang ada perkara nak diceritakan..Tapi cerita yang mana satu nak dikhabarkan...dalam benak, terfikir kenapa beberapa ketika ini ada sedikit kisah tercalar dalam Gayong yang tak enak didengar mau pun nak dilalui..apa sudah jadi dengan Gayong? Perpecahan dalaman yang makin membusukkah? Harap-harap jangan. Yang ingin didengar cuma laungan Gayong di pelusuk seantero Nusantara dan Dunia..Biar orang menceritakan kegagahan serta gemilangnya Gayong, bukan kisah duka yang makin dihiris parut lukanya.

Mendengar keluhan guru tua yang saya anggap ayah kandung dan juga luahan teman-teman seperjuangan, air mata bergenang...marah, geram, sedih semuanya bercampur aduk..tapi sabarkan diri, itu semua dugaan Illahi Yang Maha Mengetahui..

Berbalik kepada penubuhan gelanggang di Titi Gajah, saya dan rakan-rakan disana giat menyusun segala keperluan bagi memastikan impian dan cita-cita termakbul. Sebelum terlupa, sekalung tahniah kepada teman-teman seperjuangan di Sabah yang mana baru-baru ini berjaya memperkemaskan struktur organisasi Gayong disana. Syabas dan tahniah sekali lagi.

Bersama Gemilang Bersama Gayong...

Sunday, October 18, 2009

Gelanggang Titi Gajah

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi..dapat juga jari jemari ini berkesempatan untuk menzahirkan kata-kata hati di blog yg tak seberapa ini.

Dalam perancangan insyaallah mohon Allah makbulkan cita-cita saya dan saudara seperjuangan untuk menubuhkan sebuah gelanggang di pinggir Bandaraya Alor Setar. Gelanggang yang akan diwujudkan di kawasan Titi Gajah ini diilhamkan oleh Ayahaanda saya bagi memperjuangkan silat melayu terutamanya Silat Seni Gayong. Sekarang kami masih dalam peringkat perbincangan dan dalam usaha mencari penaja-penaja yg sudi untuk memperkemaskan tempat bergayong nanti.

Andai hasrat terzahir dan termakbul dengan kuasa Allah, saya bercita-cita ingin menjemput saudara SeGayong yang sama-sama berjuang bersama saya dahulu datang melawat ke gelanggang itu nanti. Sokongan dan tunjuk ajar dari saudara sekalian juga di mohon agar Gayong berkembang mekar.

Salam sayang dan salam SeGayong...

Sunday, October 4, 2009

Salam Lebaran

Assalamualaikum dan salam berbahgia buat teman-teman dan para pelawat blog yg tak seberapa ini. Mungkin tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Ampun maaf kiranya ada salah dan silap sepanjang mengendalikan blog ini dan juga terutama buat rakan taulan tak kira mana berada.

Maaf sekali kerana tak dapat menyisipkan artikel2 terkini dalam blog ini kerana terbatasan waktu antara tugas-tugas harian yg makin melimpah ruah. Insyaallah akan sedaya upaya blog ini diperkayakan dengan artikel-artikel yg berguna untuk kita bersama sedikit masa lagi. Disamping itu akan diselitkan catatan pengembaraan Wali Songo yg saya alami pada penghujung tahun lalu, insyaallah...