Tuesday, November 3, 2009

Alhamdulillah hari ni selamat sudah aku menjalani ujian Tahap Kecekapan. Baru pertama kali menduduki sejak mula bertugas dengan kerajaan. Kalau ikutkan dari dulu memang dah boleh ambil, tapi sengaja nak lengah-lengahkan kerana beberapa sebab yang sengaja dielakkan.. Hahaha..macam-macam peel.. apapun kepada teman-teman SeGayong yang diluar sana yang turut sama mengambil ujian ini selamat menempuh dan selamat berjaya dalam peperiksaan yang diduduki.

Petang-petang begini kalau zaman di PUO dulu selalunya aku dan teman-teman yang lain akan turun ke gelanggang bagi mengasah tubuh. Tapi sekarang itu semua tak dapat nak dinikmati kerana keterbatasan waktu. Cuma dirumah saja aku berlatih, itu pun sorang. Partner sparing aku yang dulu yakni si Wan Skuter ntah kemana menghilang. Yang timbul pun si Nizar, itu pun nasib baik dia ada tugas rasmi di Perlis. Dapatlah berjumpa dan korek balik cerita zaman mula-mula belajar silat dengan bimbingan Cikgu Amin. Alangkah baiknya dapat kembali ke zaman tu.

Okay, cuma setakat ni saja coretan untuk petang ni sebab ada kes yang menanti untuk disiasat. Sekali lagi buat teman-teman di luar sana yang akan menempuh PTK, all the best..

Monday, November 2, 2009

Fuhhh..lega dapat luangkan masa dalam blog kali ni. Sejak dua menjak ni tugas harian makin menambahkan tahap 'kepeningan' dalam batu jemala yang satu ni. Apapun tugas tetap tugas, sebab itu adalah rezki yang Allah kurnia untuk diri dan keluarga.

Nak bercerita pasal Gayong, memang ada perkara nak diceritakan..Tapi cerita yang mana satu nak dikhabarkan...dalam benak, terfikir kenapa beberapa ketika ini ada sedikit kisah tercalar dalam Gayong yang tak enak didengar mau pun nak dilalui..apa sudah jadi dengan Gayong? Perpecahan dalaman yang makin membusukkah? Harap-harap jangan. Yang ingin didengar cuma laungan Gayong di pelusuk seantero Nusantara dan Dunia..Biar orang menceritakan kegagahan serta gemilangnya Gayong, bukan kisah duka yang makin dihiris parut lukanya.

Mendengar keluhan guru tua yang saya anggap ayah kandung dan juga luahan teman-teman seperjuangan, air mata bergenang...marah, geram, sedih semuanya bercampur aduk..tapi sabarkan diri, itu semua dugaan Illahi Yang Maha Mengetahui..

Berbalik kepada penubuhan gelanggang di Titi Gajah, saya dan rakan-rakan disana giat menyusun segala keperluan bagi memastikan impian dan cita-cita termakbul. Sebelum terlupa, sekalung tahniah kepada teman-teman seperjuangan di Sabah yang mana baru-baru ini berjaya memperkemaskan struktur organisasi Gayong disana. Syabas dan tahniah sekali lagi.

Bersama Gemilang Bersama Gayong...