Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 1431H/2010

Alhamdullillah syukur kehadrat Illahi memberi izin untuk merasai kedatangan tahun baru hijrah dan masihi..terlalu banyak kenangan pahit manis yang ditinggalkan pada tahun 2009.

GAYONG...itulah aku, 2009 memberi sinar dan jalan baru dalam mencari semangat memperjuangkan amanah yg sekian lama aku pinggirkan. Moga tahun baru ini dan mendatang amanah akan terus aku pikul bersama teman-teman seperjuangan. Mengikut perancangan yang telah disusun, insyaallah akan bergelanggang di tanah tumpah kelahiran dan juga di beberapa tempat yang lain. Hajat hati nak mendekati Guru-Guru 'Tua' untuk mendalami rahsia dan intipati Gayong mengikut cara 'lama'.

Sempat sembentar tadi melawat blog rakan-rakan yang lain. Membaca keluh resah teman-teman...apa sudah jadi??? tapi itulah hakikatnya yang berlaku dalam PSSGM. Sampai bila mimpi ngeri keretakan Gayong akan berlaku? Salahkan Anak-Anak Gayong mengikut apa yang diamanahkan oleh ADMAR??? Salahkah? Derhakakah?....

Derhakanya kami kerana mengikut amanah ADMAR dan mulianya orang yg membelakangkan amanah..sedihkan...

Petang sebelum menyambut kedatangan tahun baru sempat berbicara dengan CA, mendengar cerita masalah itu dan ini...dalam hati, CA tabahkan hati..saya dan teman-teman yang mengikut amanah sentiasa ada dibelakang cikgu untuk memperjuangkan Gayong...bak kata CA,bersama-sama CA memperjuangkan Gayong dan bukannya memperjuangkan CA..(lebih kurang macam tu la)....

Apapun, kita anak-anak Gayong ikutlah amanah yg telah ADMAR turunkan...harapan untuk tahun ini ada sinar baru untuk GAYONG!!! ZATTTTTT!!!

Tuesday, November 3, 2009

Alhamdulillah hari ni selamat sudah aku menjalani ujian Tahap Kecekapan. Baru pertama kali menduduki sejak mula bertugas dengan kerajaan. Kalau ikutkan dari dulu memang dah boleh ambil, tapi sengaja nak lengah-lengahkan kerana beberapa sebab yang sengaja dielakkan.. Hahaha..macam-macam peel.. apapun kepada teman-teman SeGayong yang diluar sana yang turut sama mengambil ujian ini selamat menempuh dan selamat berjaya dalam peperiksaan yang diduduki.

Petang-petang begini kalau zaman di PUO dulu selalunya aku dan teman-teman yang lain akan turun ke gelanggang bagi mengasah tubuh. Tapi sekarang itu semua tak dapat nak dinikmati kerana keterbatasan waktu. Cuma dirumah saja aku berlatih, itu pun sorang. Partner sparing aku yang dulu yakni si Wan Skuter ntah kemana menghilang. Yang timbul pun si Nizar, itu pun nasib baik dia ada tugas rasmi di Perlis. Dapatlah berjumpa dan korek balik cerita zaman mula-mula belajar silat dengan bimbingan Cikgu Amin. Alangkah baiknya dapat kembali ke zaman tu.

Okay, cuma setakat ni saja coretan untuk petang ni sebab ada kes yang menanti untuk disiasat. Sekali lagi buat teman-teman di luar sana yang akan menempuh PTK, all the best..

Monday, November 2, 2009

Fuhhh..lega dapat luangkan masa dalam blog kali ni. Sejak dua menjak ni tugas harian makin menambahkan tahap 'kepeningan' dalam batu jemala yang satu ni. Apapun tugas tetap tugas, sebab itu adalah rezki yang Allah kurnia untuk diri dan keluarga.

Nak bercerita pasal Gayong, memang ada perkara nak diceritakan..Tapi cerita yang mana satu nak dikhabarkan...dalam benak, terfikir kenapa beberapa ketika ini ada sedikit kisah tercalar dalam Gayong yang tak enak didengar mau pun nak dilalui..apa sudah jadi dengan Gayong? Perpecahan dalaman yang makin membusukkah? Harap-harap jangan. Yang ingin didengar cuma laungan Gayong di pelusuk seantero Nusantara dan Dunia..Biar orang menceritakan kegagahan serta gemilangnya Gayong, bukan kisah duka yang makin dihiris parut lukanya.

Mendengar keluhan guru tua yang saya anggap ayah kandung dan juga luahan teman-teman seperjuangan, air mata bergenang...marah, geram, sedih semuanya bercampur aduk..tapi sabarkan diri, itu semua dugaan Illahi Yang Maha Mengetahui..

Berbalik kepada penubuhan gelanggang di Titi Gajah, saya dan rakan-rakan disana giat menyusun segala keperluan bagi memastikan impian dan cita-cita termakbul. Sebelum terlupa, sekalung tahniah kepada teman-teman seperjuangan di Sabah yang mana baru-baru ini berjaya memperkemaskan struktur organisasi Gayong disana. Syabas dan tahniah sekali lagi.

Bersama Gemilang Bersama Gayong...

Sunday, October 18, 2009

Gelanggang Titi Gajah

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi..dapat juga jari jemari ini berkesempatan untuk menzahirkan kata-kata hati di blog yg tak seberapa ini.

Dalam perancangan insyaallah mohon Allah makbulkan cita-cita saya dan saudara seperjuangan untuk menubuhkan sebuah gelanggang di pinggir Bandaraya Alor Setar. Gelanggang yang akan diwujudkan di kawasan Titi Gajah ini diilhamkan oleh Ayahaanda saya bagi memperjuangkan silat melayu terutamanya Silat Seni Gayong. Sekarang kami masih dalam peringkat perbincangan dan dalam usaha mencari penaja-penaja yg sudi untuk memperkemaskan tempat bergayong nanti.

Andai hasrat terzahir dan termakbul dengan kuasa Allah, saya bercita-cita ingin menjemput saudara SeGayong yang sama-sama berjuang bersama saya dahulu datang melawat ke gelanggang itu nanti. Sokongan dan tunjuk ajar dari saudara sekalian juga di mohon agar Gayong berkembang mekar.

Salam sayang dan salam SeGayong...

Sunday, October 4, 2009

Salam Lebaran

Assalamualaikum dan salam berbahgia buat teman-teman dan para pelawat blog yg tak seberapa ini. Mungkin tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Ampun maaf kiranya ada salah dan silap sepanjang mengendalikan blog ini dan juga terutama buat rakan taulan tak kira mana berada.

Maaf sekali kerana tak dapat menyisipkan artikel2 terkini dalam blog ini kerana terbatasan waktu antara tugas-tugas harian yg makin melimpah ruah. Insyaallah akan sedaya upaya blog ini diperkayakan dengan artikel-artikel yg berguna untuk kita bersama sedikit masa lagi. Disamping itu akan diselitkan catatan pengembaraan Wali Songo yg saya alami pada penghujung tahun lalu, insyaallah...

Monday, September 7, 2009

Wali 9 @ Wali Songo

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan. Salam ramadhan juga buat muslimin dan muslimat semua. Pada kali ini terlintas di benak untuk mencoret serba sedikit perihal Wali Allah yg sembilan yakni Wali Songo.
Di atas muka bumi Allah ni terdapat ramai wali-wali Allah dan yang paling hampir dengan kita dan terkenal di nusantara ini adalah Wali Songo @ Wali 9, iaitu :
  • Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim
  • Sunan Ampel atau Raden Rahmat
  • Sunan Bonang atau Raden Makhdum Ibrahim
  • Sunan Drajat atau Raden Qasim
  • Sunan Kudus atau Jaffar Shadiq
  • Sunan Giri atau Raden Paku atau Ainul Yaqin
  • Suna Kalijaga / Kalijogo atau Raden Said
  • Sunan Muria atau Raden Umar Said
  • Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah

Mereka tidak hidup pada saat yang persis bersamaan atau dengan erti kata lain mereka tidak hidup sezaman. Namun satu sama lain mempunyai keterkaitan erat, bila tidak dalam ikatan darah juga dalam hubungan guru-murid.

Maulana Malik Ibrahim adalah yang tertua dan Sunan Ampel anak kepada Maulana Malik Ibrahim. Sunan Giri pula adalah anak saudara Maulana Malik Ibrahim yang bererti juga sepupu kepada Sunan Ampel. Sunan Bonang dan Sunan Drajad adalah anak Sunan Ampel. Sunan Kalijaga merupakan sahabat sekaligus murid Sunan Bonang. Sunan Muria anak kepada Sunan Kalijaga dan Sunan Kudus murid Sunan Kalijaga. Sunan Gunung Jati pula merupakan sahabat para Sunan lain, kecuali Maulana Malik Ibrahim yang lebih dahulu meninggal.

Dan alhamdulillah syukur pada Allah Yang Maha Berkuasa mengizinkan diri ini untuk menjejakkan kaki ke Tanah Jawa dan sekaligus dapat merasai 'Jelajah Wali Songo' beserta teman-teman dari Malaysia yang lain.

Insyaallah dalam penulisan yang lain akan saya ceritakan pengalaman sepanjang penjelajah beserta sejarah setiap wali Allah ini.

Dari Kiri : Kudin, Aku la tu, Ayahanda Kiai Hj Aziz Singa Barong @ Pak Aziz, Paklang & Fahmi

Wednesday, September 2, 2009

Tahniah Chulahitam

Hari ini pada tanggal 03.09.2009, berkesempatan membaca email terpandang 1 email yg dikirim dari sahabat dan guru yg amat dikenali. Alhamdulillah bertambah lagi rangkaian blogger dikalangan anak-anak gayong bawah pimpinan Cikgu Amin. Saudara yang saya maksudkan ialah Cikgu Azizan. (http://www.chulahitam.blogspot.com)

Bermacam-macam artikel dan info yg diberikan kepada para pembaca terutama kepada anak-anak Gayong yang lain. Pelbagai petua dan pandangan yang sangat berguna untuk dibuat bekalan.

Sekali lagi ucapan tahniah kepada saudara Azizan dengan kejayaan mewujudkan blog yg cukup berilmiah.

Tuesday, August 25, 2009

APE EK?

Hmmm..ari baru berkesempatan nak corat-coret dalam blog ni...tengah mencari ilham untuk layout blog ni..

Macam-macam kena fikir dan buat. Design untuk portal / forum pun tengah buat ni...so..memang lambat cikit la nak siapkan utk blog sendiri..dalam tengah menaip ni tringat pulak dekat geng-geng Gayong...ok la nak kena sambung buat design lagi nih...keja nak menyiasat orang petang ckit baru bleh buat..

Friday, August 21, 2009

DALAM PEMBINAAN

Assalamualaikum & salam sejahtera...buat teman-teman sekalian, pembinaan blog saya ini masih dalam peringkat bertaktih-taktih...Insyaallah dalam masa terdekat ini akan saya usahakan untuk mengemaskini blog ini sebaik mungkin..

Harap jika ada terkurang maafkanlah...

Sekian...

Awang Hitam